Thursday, December 8, 2011

mood hari ni mcm haram

TENSION TAHAP MAXIMUM 12/08/11.. 06:50 pm


rasa macam diri ni xguna ja...

.
cepat la ok... tu saja..BYE

Sunday, September 25, 2011

aku sukakan keindahan alam...

ako suka tgk pic n p tempat2 yang menenangkan utk menenangkan fikiran.(betoi xto ayt nh?? lantak la blog ako!!). antara yang ako suka pulau,tasik,gunung-ganang,bukit,awan,budak-budak n mcm lagi yang boleh mmbuatkn ako cool ja bila tgk..

ha tgk!! sjuk ja hati tgk..
 
 kalau kt tgh2 pulau tu ako nk jerit sepuas mungkin..klau xcool gk terjun ja dlm laut tu..
 
 tenang ja tgk ayaq(eh2 air la) tu...
 
 fuhhh!!
 
 budak2??kenapa?? ha depa nh la yg menceriakan kn kita dgn gelagat depa..
 
 luas permndangan..
 
 tuh ja..mlas nk boh bnyk2..stg mengidam lak..klau aku leh p semua tempat nh hari2 mmg hidup aku la pling ceria tmbah2 kt pulau tu.(bila la leh p jerit tgh2 pulau tu)..hahahaha








Monday, September 19, 2011

I'm sorry syg..



Aku telah melakukan satu perkara yg telah mnyakitkn hati si dia
Ako pon xsangka nk jd cm tu
xmnx pon jd cm tu..
Dan Aku pon xto bnda tu trjadi disebabkan salah faham?? salah ako?? salah dy?? salah bersama?? salah takdir?? salah masa?? salah masyarakat?? salah fb??
(apa kaitan msyarakat n Fb nh)
Biarkn ia mnjdi tnda tnya...
Sy mnx maaf sgt syg..
Sy akn sntiasa ingt kesilapan sy ini..
 sbg stu pengajran..
LOVE YOU SO MUCH!!

P/S : Sorry sgt syg..ILYSM n MMMMMMMM
gelak ckit syg..hohohohoho

Gagak oh Gagak.

"weh percaya x 2 3 hari da owg nk meninggal?"
ha nh la mcj yg aku dapat drp org mmbe ako nh( http://www.facebook.com/erikauretihsia)pkul 2pg semalam..
Tiba2 ja tersentap trus.ako pon trus la kol dy dgn rasa cuak..
maw xcuak..dlm otak dok pkir dy nh pasaipa gdoh ngn aex nk bunuh diri ka?

* ha nh adegan perbualan ngn dy.
 yown:ank nh pasaipa?? tiba2 ja antr mcj cm tu??ada msalah ka??
bedong:xdk apa eh..ank ada rasa aku lain x??
yown:apa dy pulak ank nh?? mai umah aku sembg2(bajet tkot dy wt bukan2 la)
bedong:xpa ako ok ja..mlas nk kuaq dh...
yown:ha k2..bye
(dlm hati nh mcm2 dh pkir)

Aku pon trus la mcj mmbe aku yg sorg lagi "matlon" ( http://www.facebook.com/profile.php?id=100001829149254 ) nk tnya bedong nh ada mcj cm tu kt dy dk??
matlon hbq dy ada dpt gk mcj tu..tp antr mcj kt bedong xrep.(ha lg cuak dh)
aku wt akai la ajak dy kuaq p bli apa2 kt market tu.(padahal nk taw keadaan dy)
sampai ja dy kt umah aku(dgn keadaan xdk perubahan apa pon) ako tnya dy.ank nh pasaipa tiba2 ja..then bru dy hbq..td dngr bunyi burung gagak.org tua2 kata kalaw dngr bnyi burung tu ada org nk meninggal..(dlm hati lorh hak tu ja ka..awt ank xhbq awai2.mcm2 dh org pkir bedong oi..)..xpa aku pon kua la ngn dy p kt market borong tu..Sampai ja kt umh aku tnya dy ank dgr kt mna bunyi tu.(sbb aku trngin nk dngr xpenah dengr)..dy pon hbq la dy dngr dekat umh dy 2 kali..ha p la tgu kt umh dy tu nk dngr bunyi tu..lama gk la tgu xdngr bunyi apa pon..cemuih dh tgu ako pon blik la umh ako smbung aktviti aku..hahaha
 keesokan hrinya,tnya mmbe2 lain semua kata dpt mcj tu gk dri bedong..
wt cuak betoi..

gagak oh gagak!!
 
P/s: motif dri cerita nh..ank jgn dok wt mcm tu dh bedong oi..ingtkn ank nk bunuh diri ka apa?? semua mmbe2 cuak ngok!! pkul 2 pg!! ank taw!!!! 



Saturday, September 17, 2011

Pengarang Jantung Hati....

Salam...Lama xupdated..nh pon bukan apa sja nk bg viewer nek sikit...hohohohoho(cara gelak awex ako)..semalam 17/9/2011 genap 2 bulan hidup tnpa mak ako..kehilangan tuh mmg la masih tersa..tp alhamdulillah aku bersyukur ada mereka-mereka nh yg sentiasa mnyokong aku dri depan(dri depan?? haaahh?..dri depan la.leh wt inspirasi..dri blakng mna nk nmpk..hahaha..)nk taw sapa depa2 nh yg menjadi nadi hidup aku untuk terus bergerak..hahaha tgk nh..

1. Mestilah family ako..
ha nh la kak ako..selalu supoort..


nh fatin..klolo..bukan leh layan sgt..tp kalu mngamuk ma taw la,,,(branak thun ayam kn)



ha budak nh..bnyk org kata ensem..yaka??..pdahal hak nh la punca adik2 ako slalu gadoh..mulut dy...piaww


ha nh yg ditungu tungu..Amir..pling dasyat nh...suka mmberontak..kerasa pala..semua nk ikut pala dy ja..mngamuk dy la pling dasyt..mangsa-mangsanya Amri n Farisya la(next pic)..dh kalau nk cita pasai nh mmg xhbeh..mcm2(kawan2 ako pangey dy kedah mcm cita juvana tu.agak2 sendiri la pasaipa).


Amri n Farisya..nh geng2 baik..Amri nh jnis diam ckit..kes tu amir dok ambik kesempatan mngusik..Farisya nh lak mewarisi arwah mak aku..kuat berleter...


tu ja adik beradik aku..kadang2 mmg sakit pala ngn depa nh...tp depa nh la yg menceriakan hari2 ako..(sebab tu la ako nk anak minima 5 org..hahahah)

2.my love/my princess/my ngek/my busyuk/my gengster!..huhuhu


ha yang nh jgn dok usya lama2(tumbuk muka stg)...nh la syg aku..kuat merajok(hahaha)..tp dia la jugak sbgai pendorong hidup..selalu bg nsihat,bg semangat..memahami..thanks syg..love u. picit idung maw...tu la ckit2 pasai awek2 ako..eh2 awex ja...syg sorg nh ja..

3.lastly kawan2..sekelas,sekampung, seangkatan, seapa apa jalah...
nh mmbe2 sekelas..pling hepening...


mmbe sekampung..sporting gila...
alhamdulillah semua kawan2 yg aku kenai baek sgt...


Last skali aku bersyukur sgt dapt mngenali semua2 yg terbabit diatas..tanpa hmpa semua belum tentu hidup aku mcm mna skunk..thanks semua yang sentiasa mmberi sokongan... hidup mesti diteruskan..kita kan "cool"





Wednesday, August 10, 2011

kEbahAgIaAn dLm pErpiSaHAn....

17/7/2011 merupakan satu tarikh yg xmgkin akan ku lupa sepanjang hidup ako. Aku kehilangan seorang insan yang sangt bermakna,pling ako syg,tulang belakang idup ako, & pendorong hidup aku iaitu MAK AKU. Banyak pengorbanan yang telah dia lakukan terhadap keluarga dan diri. Sedih sgt bila ako kenangkan dy. Syg mak sgt. Aku rindu dy sgt...rindu dy masak..rindu dy berleter..rindu gelak tawa..aku aku xmgkin jmpa lagi semua itu..tp ako redho ja...setiap kenangan dengn dy akan sentiasa akan trpahat kt hati nh..Abg akan sentiasa ingt mak..susah senang mak kt dunia..dh sudah bab2 sedih..ako redho ja..yown kan cool..

Ok skunk msok bab hepy lak(heppy la sgt).hehehe.. Alhamdulillah selepas pemergiaan mak ako, Allah telah kurniakan ako seseorang yg sgt memahami diriku ini.. haha..sapa lagi tuh yg gmbar besaq kt atas tu..awex ako la.nama dy shamsina samsudin..aku duluw kawan bek ja ngn dy.dy ada kehidupan dy ako ada khidupan ako(xyh cita la kisah silam noe).Agak lama gk la minat kt dy.tp taw la aku nh kan pemalu ckit nk luahkan perasan nh..katanya aku nh "penakut" hahaha(nk taw p dengr lagu yuna).Skunk dh msok sem 5 dh..31/07/2010:1.25.A.M..ako mmberanikan diri meluahkan perasaan kt dy(gila nk luruh jantung tgu keputusan).Alhamdulillah dy terima ako.time tu lega trus..sampai ary nh ako heppy hidup ngn dy..dy bnyk bg semangt kt aku masa aku susah..setia mendengar..harap hubungan ako kali berjya bersama dy...thanks syg..

Last skaly..MFIBH <3 SHAMSINA..
Love U syg..
<3 Taken by the best..
kita kan cool..


Sayang kamu ngek!!!





Friday, July 1, 2011

report oh report....

fuhh..lama x updated..bukan apa bz skit..besa la nk msok kelas blik.mcm2 nk kena sedia..yang paling kalot skaly nk wt report untuk latihan industri yang dh lepas tu. Bukan xkenai ako, wt keja last2 minit nh syok...hahahhahaah(padahal kalot nk mmpuih smpai tido koi 7pg laptop xoff buku berterabur). Rasa macam serik pon ada wt keja last minit nh. tp dh mmg kebiasaan wt keja last minit nh, idea mencurah-curah(kalot punya pasai)hahaaha.. Hbeh praktikal hari tu punya la kalot dok cri bhan2 kt senior2(angan2 nk settle awai la).Ank xpyh dok bajet rajin la MFIBH oi Last2 tinggai seminggu lagi jugak bru nk kalot...apa pon alhamdulillah ako berjaya mnyiapkan report nh sebelum hari pendaftaran.Perfect xperfect ako xto la...yang penting siap.....

Monday, June 6, 2011

Tanda-tanda seorang perempuan menyukai kamu

1. Sentiasa berada di dalam radar

Kalau seseorang gadis menyukai seseorang jejaka, dia akan sentiasa ‘muncul’ di dalam kehidupan kamu. Tidak kiralah muncul secara fizikal atau di dalam Internet. Sekiranya anda perasan gadis tersebut sering berada di tempat anda berada, besar kemungkinan ianya bukan kebetulan. Setiap kali anda ada di dalam MSN atau Yahoo! Messenger dan si gadis menegur, ini bukan sekadar being polite! Dia sedang memasang jerat untuk memilikimu! Janganlah bangga diri pula dengan mengatakan dia stalker anda pula tetapi apabila seorang wanita suka kepada lelaki, secara automatik dia akan memastikan dirinya akan berada dalam jarak yang boleh dihubungi oleh si lelaki. Ada masa dia akan melirik kepada anda dengan harapan anda perasan tentang perasaan suka yang dia ada. Kalau berminat terhadap gadis ini, tunggu apa lagi? Ajaklah dia keluar makan atau mulakan komunikasi dengan dia!

2. Gerak badan 

Tutur bicara boleh menipu, gerak badan sentiasa jujur terhadapmu. Seorang gadis yang sukakan anda akan memberi pelbagai signal gerak badan yang begitu jelas untuk anda tafsirkan. Antara gerak badan yang sering diguna wanita untuk memberitahu dia berminat ialah pandangan tajam ke arah anda apabila bercakap denganmu disulami dengan senyuman manja menggoda. Nada suara akan ada unsur-unsur manja dan lembut supaya hati kamu terpaut. Apabila bercakap denganmu, badannya akan menghala ke arah dirimu atau dekat denganmu dan bukan bertentangan atau menjauhkan diri. Ketika anda melihat dia, senyuman manis akan diberikan percuma, sentiasa. Apabila signal-signal gerak badan ini telah ada, besar kemungkinan dia sedang menyukai dirimu! Ambillah langkah seterusnya dengan mengenali dia dengan lebih dekat lagi jika anda juga berminat dengan dia.

3. Sentiasa available untukmu

Untuk kamu, dia tidak pernah sibuk. Ikut lazim insan yang sedang menyukai seseorang, dia akan sentiasa ada masa untuk dirimu. Cubalah minta tolong apa-apa dari dia, mesti dia akan cuba sedaya upaya kerana dia sukakan kamu. Kalau anda ajak dia keluar, tidak mungkin dia tolak. Kalau anda tegur dia di dalam chat, mesti dia akan balas dan begitu bersungguh untuk berbual denganmu. Tidak mungkin bila anda ajak keluar makan dia akan kata, “Busylah malam ni” atau “Tak bolehlah, malam ni makan dengan kawanlah.” Apa pun temujanji yang ada akan dibatalkan serta merta untuk kamu atau dia akan menunda pada satu tarikh yang jelas sebagai contoh “Malam ni makan dengan kawan. Malam esok boleh.” Kalau dia sentiasa berdolak-dalih, jelas-jelas dia tidak berminat kepada anda. Signalnya adalah semudah itu.

4. Bertanya banyak soalan & wujud unsur cemburu

Kalau hati sudah suka, mestilah nak tahu lebih lanjut lagi cerita tentang dirimu. Jadi bila ada kesempatan, bermacam soalan yang akan dia tanya tentang kamu. Daripada perihal keluarga, ke cerita tentang kerja, ke persoalan peribadi, semuanya dia nak ambil tahu. Sekiranya dia mula bertanya macam-macam tentang dirimu dan dalam perbualan itu dia selitkan gerak badan seperti senyuman malu kucing atau renungan tajam ke matamu, hatinya sudah sedia untuk kamu miliki. Jangan cerita tentang hubunganmu yang telah lalu kerana si dia akan berasa cemburu kerana hatinya sudah mula menyukai kamu. Apabila kamu berbicara dengan wanita lain, perhatikan tingkahlakunya. Sekiranya anda boleh sense rasa cemburu, positif sekali hatinya sedang menyukaimu!

5. Dia tidak lupa hari pentingmu 

Apabila tiba hari lahirmu, dia akan menjadi antara yang pertama memberi ucapan selamat atau dia akan menjadi orang yang organise sambutan hari jadimu itu. Tentu sekali anda akan mendapat hadiah daripadanya atau mungkin dia akan belanja makan. Kesimpulannya, si gadis akan ingat tarikh penting anda. Ini kerana di dalam hatinya dia sudah dipanah asmara dengan kamu, cuma kamu saja belum menyedarinya. Oleh kerana dia sudah suka, perbuatannya akan menunjukkan perasaan. Perhatikan siapa yang memberi perhatian lebih kepada kamu apabila tibanya tarikh-tarikh penting dalam hidupmu atau adanya sambutan seperti hari raya atau sebagainya.

Wanita jarang berterus-terang, jadi lelaki perlu peka dengan signal-signal yang dikeluarkan kaum Hawa. Jangan sangka wanita tidak mengatur langkah untuk memikat lelaki yang diminati kerana berbanding lelaki, wanita lebih jelas menyampaikan perasaannya melalui perbuatan. Jangan buat-buat tidak perasan dengan signal yang kamu terima kerana bila dia sudah banyak kali hantar signal tetapi tidak ada tindakbalas, takut dia akan beralih target pula nanti.


Sunday, June 5, 2011

kesunyian....

asalamualaikum...mlm nh 6/6/11....dh jam 2 pagi dh...tiba2 rasa sunyi ja..xdk org ucap pon mcm nh."Selamat mlm" "tido elok2" "miss U" "luv u"...rupanya bru sedaq dh lama hidup mcm nh. rasa teringin la plak nk mcm tu blik...ada org amek berat..boleh kua selalu..mlm2 xborink...tp tah mcm mlas nk hadapi semua tuh.nk mulakan sesuatu yg bru..mlaz toi....tp bila tgk couple2 dok date nmpk bhgia sgt..jeles pon  ada huhuhu...apa la masa depan ako nh..harap2 la Allah kurniakan aku seorng insan yg betul2 mnyayangi n memahami ako.dan itulah yg terakhir..mlaz dh nk cri2...syok tgk org yg bhagia...stu dunia taw...

emm
emmm
emmmm
emmmm
......
rindu sgt saat bhagia..nk jugak ada yg menyayangi......
sebenaqnya ako tulis nh bukan apa..aku rasa sunyi sgt mlm nh xtaw nk luah kat sapa...
apa2 pon kita cool ja kan..
so lyn jalah...

Tuesday, May 24, 2011

heppy besday bedong-terbaek r

24/5/11 tarikh bersejarah bagi membe aku sorng nh..nazry(bedong).

dy nh mmg tiap-tiap tahun payah sungguh nk wt dy time besday dy.tahun nh kami semua dh pakat mcm mana pon dy msti kena gk.Kami(boolat faten,carrol hysyome.shah pit.nasier ismail.firdhaus azizan) mmg dh plan dh utk tahun nh.akhirnya plan kami berjaya bedong belemoih gk..hahahahahaha padan muka ank bedong.Apa pon ni aku puji ank la.ank mmg sporting xmcm thun2 sebelum nh.(Lari balik sorang2 dr jitra kes tkot kena teloq ja)..terbaek der..


muka2 perancang.pemeriah keadaan.semua belemoih...hahahahaahahaha


yg pling best skali yg nh la..
yang ditunggu tunggu.....
padan muka ank...tahun lepas ako xleh wt.

sebab bedong sorang ja semua kena mandy tepong,teloq,kopi,mcm2 la...


kali nh bedong mmg kena terok..hahaha..
terbaek la bedong....
thankz gk kt kawan2 yg len bolat,matlon,pit,naset, & dut.
tanpa hampa mmg plan nh xberjaya...
bersyukur dapat kawan cm hmpa...
lepas nh tgk kalendar la plak turn sapa lak...
hahahhahah..tunggu!!!!
sekian..

Adira-Ku ada Kamu

tah minat lagu nh..!!

Friday, May 6, 2011

Pantang wanita kalau lelaki sebegini...

Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.

Suka menyampuk

Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.


Memerintah

Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, ‘buka pintu’, ‘buat kopi’,'angkat kasut’ dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti ‘boleh tolong buatkan kopi…’ dan ‘tolong buka pintu tu…’.


Bergurau kasar

Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata ‘gurau pun tak boleh.’


Cepat naik berang

Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.


Cakap besar

Sikap lelaki yang suka ’syok sendiri’ membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.


Suka mengawal

Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.


Ego sebesar gajah

Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.


Tidak suka meluah emosi

Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.


Buat wanita rasa bersalah

Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.


Lokek beri pujian

Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.


Pengotor

Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.


Lupa hari-hari istimewa

Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang ‘buat dek’ terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.


Tidak tunjuk rasa kasih

Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!


So bagi yang bergelar lelaki cubakanlah diri anda untuk menghindari perkara2 di atas agar menjamin kebahagiaan anda....





hehehe...mcm nh..

Thursday, May 5, 2011

camping n bbq

Asalamualaikun..jeng3..hhahaa..nh first story ako..camping ngn kawan2..walaupun wt kt dlm kampung nh ja (kg Pdg Perak) tetap best dengan ragam geng ni :- sham.boolat.mat nasier.bg min.tomen n kyra(awex dy) serta bedong.
nh lah yg pling rajin.hahahah(muka nh tetap kena ada)hahahahahaaha


 menu nk bakaq mlm tuh :-hotdog, ayam , kerang

 tomen n kyra




boolat n matlon-wt2 bakar ja...


 mat nasier gila post..keja xterok pon....

 geng2 yg memeriahkan keadaan,mmg hapening....

nmpk kawan2 ako cmna...semua gila post..hahaha


 aktiviti membakar bermula-nh la bedong bwak sos cap mudim...pedas emmmm hingga menjilat jari











 tempat penginapan


last skaly thanks kt semua kawan2 ako nh...mmg best r dengan depa..mcm2 kelakuan ada....boleh hilang segala tensen dok ngn depa....terutama bg min..